Kesaksian Aishah
Saya dididik oleh ibubapa saya mengenali dan mengamal rukun Islam dan rukun Iman. Saya tidak pernah meragui atau menyoal ajaran Islam yang telah diajar semenjak kecil lagi. Tetapi pada suatu hari semasa saya menuntut diuniversiti, seorang rakan kuliah saya yang beragama Kristian bertanya soalan ini kepada saya, ” Jika kamu mati sebentar lagi, tahukah kamu samada kamu akan ke syurga atau neraka?” Saya tersentak dengan soalan ini kerana tiada siapa pun pernah menyoal saya mengenai perkara ini. Namun demikian saya cuba juga menjawap soalannya. Jawapan saya kepada soalan itu adalah “Saya tidak tahu. Kewajipan saya adalah memenuhi semua amalan dalam rukun Islam dan rukun Iman dengan harapan Tuhan akan menerimanya dan apabila saya mati saya harap segala amalan ini akan menyelamat saya dari api neraka”. Rakan saya seterusnya berkata “Bagi orang Kristian, kami tahu bahawa bila kami mati kelak kami akan ke syurga.” Saya terdiam mendengar jawapannya. Dalam hati saya berfikir betapa bongkaknya rakan saya ini. Nabi Muhammad sendiri tidak pernah mengakui bahawa beliau akan ke syurga bila mati kelak. Apa lagi manusia biasa seperti kita ini.
Semenjak perbualan kami itu saya sering kembali kepada persoalan yang dikemukakan oleh rakan saya itu. Apa yang menyebabkan orang Kristian begitu pasti mengenai nasib mereka di akhirat nanti? Soalan inilah yang mendorong saya untuk membaca kitab Injil. Setelah membaca kitab Injil, dua perkara yang menarik perhatian saya adalah:
(1) Surah Romans 3:23-25 “…keseluruhan manusia telah berdosa dan jauh daripada hadirat Allah yang menyelamatkan. Oleh rahmat Allah yang diberi dengan percuma, manusia diperdamaikan dengannya dengan perantaraan Yesus Kristus yang membebaskan mereka. Allah mempersembahkan Yesus Kristus supaya dengan kematiannya dia menjadi jalan pengampunan dosa bagi mereka yang percaya kepadanya”.
Jelas dari surah ini, manusia diselamatkan oleh iman kita kepada Nabi Isa. Ini bukan merupakan hasil usaha kita melainkan berkat Allah. Dengan ini tiada siapa pun boleh memegahkan diri mereka dengan amalan mereka. Kita semua tiada perbezaan dihadapan Tuhan yang Maha Kuasa dan Adil kerana Nabi Isa yang telah menebus segala dosa kita. Saya sedar setelah membaca surah ini bahawa manusia tidak dapat menyelamatkan diri mereka daripada dosa kerana memang sifat manusia—kita tidak dapat mencapai tahap kesucian tanpa satu dosa pun. Oleh kerana itulah nabi Isa disalib kerana hanya dengan kematiannya dosa manusia dapat ditebus.
(2) Surah Matius 23: 25-26 Nabi Isa bersabda “…Kamu membersihkan diluar cawanmu dan pingganmu, tetapi didalamnya penuh dengan perkara-perkara yang kamu peroleh dengan jalan kekerasan dan tamak. Bersihkanlah dahulu apa yang ada di dalam cawan itu, baharu luarnya menjadi bersih juga.” Matius 23:28 “Demikianlah di luar kamu nampaknya baik kepada orang, tetapi di dalam, kamu semata-mata berpura-pura dan penuh dengan dosa”.
Disini jelas Nabi Isa membenci sifat hipokrit didalam amalan agama. Saya tahu melalui pengalaman saya sendiri betapa senangnya untuk bersolat 5 kali sehari, berpuasa sebulan tetapi dalam hati saya penuh dengan perasaan hasad dengki terhadap orang lain dan dibelakang orang saya mencaci atau bercakap buruk mengenai mereka. Saya sedar setelah membaca ayat ini betapa benarnya apa Nabi Isa berkata mengenai sifat manusia yang semulajadi. Oleh kerana sifat manusia ini yang tidak pernah jauh dari dosa—sebab itulah manusia tidak ada keupayaan untuk menyelamatkan diri mereka sendiri daripada bala api neraka. Dan hanya dengan kematian Nabi Isa dosa manusia dapat ditebus. Allah telah memberi manusia penyelesaian kepada dilema manusia. Kita hanya perlu percaya dan menerima hakikat bahawa Nabi Isalah jalan pengampunan dosa kita kerana tanpanya kita tidak dapat menyelamatkan diri kita sendiri.
Setelah memikirkan semua yang telah saya baca dalam kitab Injil, saya mengambil keputusan untuk memeluk agama Kristian. Semenjak hari itu, saya tidak pernah kesal dengan keputusan ini.
Saya boleh dihubungi melalui alamat emel to_aishah@yahoo.com.
Aishah
Apabila Anda memiliki tanggapan atau pertanyaan atas artikel ini, silahkan menghubungi kami dengan cara klik link ini.
3 Comments
Leave a Response
You must be logged in to post a comment.







ketahuilah…
alasanmu murtad sangat aneh…
kamu termakan janji palsu orang kristen…
klu semua orang nasrani pasti masuk surga…
buat apa kalian berbuat amal…
mending maksiat aja terus…
kan yang bakal menanggung dosa kalian yesus kristus…
kasihan banget tuh dia…
orang lain yang berbuat dia yang bertanggung jawab…
wkwkwkwkwk..
kembalilah kejalan yg benar aisyah..
ALLAH MEMPERINGAT KAN BUAT ORANG ORANG YANG MURTAD TERHADAP AGAMA ALLAH SWT
Al-Baqarah Ayat 135, Allah SWT berfirman:
Mereka berkata, “Jadilah kamu penganut Yahudi atau Nasrani supaya kamu mendapat petunjuk.” Katakanlah, “Kami ikuti agama Ibrahim yang lurus, dan bukanlah ia termasuk orang-orang musyrik (yang mengada-adakan sesembahan selain Allah).”
Allah SWT didalam firman-Nya, Surat Al-Baqarah Ayat 111,
Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) itu berkata, “Tidak akan masuk surga kecuali para penganut Yahudi atau Nasrani.” Begitulah, itu (hanya) anggan-angan mereka. Katakanlah (wahai Muhammad), “Tunjukkanlah buktimu jika kamu orang yang benar.
[3:20] Kemudian jika mereka mendebat kamu (tentang kebenaran Islam), maka katakanlah: “Aku menyerahkan diriku kepada Allah dan (demikian pula) orang-orang yang mengikutiku”. Dan katakanlah kepada orang-orang yang telah diberi Al Kitab dan kepada orang-orang yang ummi190: “Apakah kamu (mau) masuk Islam”. Jika mereka masuk Islam, sesungguhnya mereka telah mendapat petunjuk, dan jika mereka berpaling, maka kewajiban kamu hanyalah menyampaikan (ayat-ayat Allah). Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.
[3:83] Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepada-Nya-lah menyerahkan diri segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan suka maupun terpaksa dan hanya kepada Allahlah mereka dikembalikan.
[3:84] Katakanlah: “Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishaq, Ya’qub, dan anak-anaknya, dan apa yang diberikan kepada Musa, ‘Isa dan para nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeda-bedakan seorangpun di antara mereka dan hanya kepada-Nyalah kami menyerahkan diri.”
[3:85] Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu)daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.
DAN DI BAWAH INI ALLAH SWT TELAH MEMBERI TAU KAMI KHUSUSNYA UMAT MUSLIM ,
MAKANYA KAMI TIDAK HERAN KEPADA APA YANG ANDA LAKUKAN ,ANDA SEOALAH OLAH MUSLIM TERUTAMA DI SITUS AL HAYAT INI TETAPI SESUNGUHNYA ANDA MA MENYESATKAN ORANGA OARANG YANG TELAH ADA DI JALAN YANG BENAR :
FIRMAN ALLAH INI BETUL BETUL MENCENGANG KAN ANDA SUADARA NASRANI :
Allah SWT dalam Surat Ali ‘Imran Ayat 72,
Dan segolongan dari ahli kitab mengatakan (kepada sesamanya siasat yang akan dilakukan), “Perlihatkanlah (seolah-olah) kamu percaya (beriman) kepada yang diturunkan kepada orang-orang mukmin itu diawal hari, dan ingkarilah pada akhirnya, agar mereka berbalik (mengikutimu).”
MAHA BENAR ALLAH DENGAN SEGALA FIRMANYA
TERIMAKASIH
apa2 pun di dunia ini, we have to earn it.
Kalau nak masuk ke syurga pun.. we have to earn it.
if this is your point… just be a christian, you’re guaranteed your entry to heaven! 100%,
then u make your religion sound a like scam.. please don’t make it sound like one.
samala mcm skim cepat kaya.. kononnya boleh jadi kaya… tp berapa ramai boleh jadi kaya?
renung2 kan.
wassalam..